
Imposing Dimensions: Pameran Pengarca Malaysia
Anwar Azhari
Robohan arca awam ‘ Puncak
Purnama ’ karya Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal pada 30 Jun, 2016
mendetikkan kesedihan, kerisauan dan kerunsingan penggiat senirupa terutamanya
pengarca-pengarca tempatan. Kejadian
ini menguatkan lagi kepekaan para penggiat agar ada jaminan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan
karya-karya terutamanya seni arca awam.
Pemahaman dan penerimaan yang nipis terhadap karya-karya seni
terutamanya seni arca antara sebab utama ianya tidak dipedulikan. Apatah lagi
jika mahu mengangkat seni arca sebagai satu kesenian, kebudayaan dan warisan
negara. Menyedari hal kekurangan ini
sebilangan pengarca yang aktif seperti Ariffin Mohd Ismail (Allahyarham),
Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Rosli Zakaria, Fadzil Idris dan Ali Bebit pada
tahun 2010 telah mewujudkan grup ‘Seniman Arca’ di laman sosial facebook.
Selain memberikan informatif di laman tersebut. Mereka juga menggalakkan
pengarca-pengarca memuat turun gambar arca yang dihasilkan serta memaklumkan
pameran yang berlangsung.
‘
Arca seni visual yang terpinggir ’
Baharuddin
Arus, Utusan Borneo (Sabah) · 11 Jul 2020
Meneliti artikel penulisan saudara Baharuddin Arus di laman
pressreader.com, petikan dari Utusan Borneo bertarikh 11 November, 2020.1
Beliau menyatakan beberapa faktor peminggiran seni arca dalam pameran seni
tempatan ini. Rentetan dari hal ini.
Tengku Sabri mencetuskan satu pameran maya ‘Cheleng’ (challenge) :
Pameran Mari Buat Arca di laman Seniman Arca (facebook). Penyertaan seharusnya dikemukakan dengan
lakaran arca terlebih dahulu. Kenapakah
lakaran diperlukan? Idea awal perlu dijelaskan bagi meneruskan perkembangan
idea hinggalah kepada lakaran akhir. Proses sebegini ditekankan supaya
mendisplinkan pengarca agar tidak melangkau proses penghasilan karya. Malah
butiran seperti tajuk, media, cadangan persembahan termasuk ukuran juga
ditegaskan oleh Tengku Sabri. Begitulah kepekaan beliau dalam memupuk disiplin
kepada pengarca yang ingin menyertai pameran.
Manakala Rosli Zakaria pula mengusaha dan menjayakan program Borak
Arca yang bermula pada 5 Disember, 2020 menjuruskan perihal pengarca dan
penglibatan seni arca dalam pameran tempatan khususnya. Para akademik dan
pengarca prolifik dijemput berwacana perihal seni arca dan perkembangannya.
Anggapan membuat patung atau arca menjurus kepada menghasilkan berhala
menjadikan pengarca lebih berhati-hati dalam berkarya.2.
Perbincangan turut mengenai masalah kepakaran, keterampilan dan kemahiran yang
dimiliki oleh arcawan tempatan. Apakah pengarca mempamerkan karya yang lemah
dan tidak menangkap perhatian pengunjung pameran mahupun pengumpul seni?
Pameran Imposing Dimensions adalah satu himpunan karya-karya 15
pengarca yang masih aktif berkarya di seperti Aqil Mahmod, Aznan Omar, Daud
Rahim, Fakhrurrazi Fatziruddin, Idrus Rani, Irsyaduddin Maktar, Mad Anuar
Ismail, Raja Shahriman Raja Aziddin, Ramlan Abdullah, Rosli Zakaria, Saharuddin
Supar, Sharmiza Abu Hassan, Zakaria Sharif, Zulkifli Lee dan Zuraimi Rahim.
Dari penggayaan, teknik dan falsafah yang pelbagai di kalangan pengkarya pada
pameran ini ianya dapat meneliti perkembangan persembahan serta idea mereka
walaupun tanpa tema khusus. Mereka dapat
disatukan bagi meneruskan usaha meletakkan kembali seni arca di pameran dalam
dan luar negara.
Majoriti pengarca yang terlibat sangat aktif berpameran di Lembah
Klang dan berpusat di selatan Semenanjung. Sebuah pameran arca bersaiz kecil
ini adalah satu usaha memperkenalkan dan mengaktifkan semula pengarca-pengarca
yang terlibat. Namun ianya dimulakan dengan sebilangan kecil terlebih dahulu.
Walhal masih ramai yang ‘tercicir’ dari senarai pameran kali ini. Penganjuran pameran seharusnya tidak
meminggirkan karya-karya arca termasuklah di pameran galeri komersil. Peminggiran seni arca tidak seharusnya
berulang lagi pada tahun mendatang. Program ‘percikan’ seperti ini membolehkan
pengarca mulai merancang dan merangka penghasilan karya terbaru untuk pameran
mendatang.
Merentas ke George Town dengan arca-arca bersaiz kecil merupakan satu perkongsian
kontekstual ( pengalaman, peristiwa, ide dan penyataan) terkini dari pengarca
yang terlibat. Pesta George Town di Pulau Pinang adalah sebuah pesta kebudayaan
secara tahunan sejak tahun 2010, yang pada mulanya meraikan inskripsi George
Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Besar harapan agar pengarca tempatan
beroleh peluang berkolaborasi dengan pengarca luar negara dalam festival ini
samada untuk penghasilan arca awam mahupun pameran di ruang muzium dan galeri
di sini.
Di awal tahun 2022, Balai Seni Negara telah mengadakan program ‘Arca
Dasar Laut’ di Langkawi bersama 9 pengarca tempatan menggambarkan perkembangan
dan penggerakan yang baik untuk seni arca.
Selain ianya memberikan elemen visual baharu dalam penciptaan kandungan dan
kehebatan mitos dan lagenda Langkawi.
Ianya juga melihat hasil kerjasama pengarca berkongsi kemahiran dan
pengalaman menerusi reka bentuk dan bahan yang digunakan akan menjadi perumah
baharu kepada ekologi marin di Langkawi.
Justeru menjalinkan hubungan kepesatan industri pelancongan, komuniti
setempat dan kehidupan marin.
Mengakhiri tahun 2022
berlangsung satu bengkel menempa arca besi di Perak dan pameran arca di
Kuala Lumpur. Kekerapan penglibatan seni
arca di pameran fizikal pada tahun ini
memberi gambaran dan harapan kepada pengarca-pengarca menghasilkan
karya-karya yang kepelbagaian teknik dan pengolahan bahan selaras dengan arus
alaf baru.
“
Lantai galeri sekarang banyak kosong je, kan? ”
Hilal
Mazlan, facebook, 5 November 2022
Besar harapan kita semua agar curahan hati (curhat) seorang pengarca
muda di laman sosial media baru-baru
ini, dapat dipadamkan dengan pembabitan seni arca dalam program seni visual
pada tahun 2023 dan seterusnya. Semoga lebih banyak penganjuran dan penglibatan
para pengarca yang membolehkan mereka
lebih yakin dan percaya serta selesa bersama keberadaan para penggiat seni rupa
berlainan disiplin bagi menyumbang penghasilan karya yang semakin berkualiti ke
peringkat global.
Rujukan
1.https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20200711/281496458578565
2.Zainuddin Abidinhazir (UPSI) & D’Zulhaimi Md. Zain (UiTM),
Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 155 Vol.
2 (2014) / (155-164)
3.Hilal Mazlan, facebook, 5 November 2022

Laga 1
Mad Anuar | Wood | 81 cm x 123 cm | 2022 | POA
Kerusi
Ramlan Abdullah | Stainless steel, mild steel and industrial paint |
| 30cm x 29cm x 29cm | 2022 | RM7,000
Motion in stillness - Aryan
Ramlan Abdullah | Stainless steel, aluminium,
copper and bearing | 55cm x 26cm x 16cm | 2022 | Reserved
Lidah Api
Raja Shahriman
Raja Aziddin | Metal-forged & fabricated
| 121cm (h) x32cm x 32cm | 2019 | RM47,000
Sculpdraw Series No9
Rosli Zakaria | Metal rod, MDF board,
Cable tight, colour | 42” x34’ x 5” | 2022 | RM 6,500
Sculpdraw Series No8 free-standing
Rosli Zakaria | Metal rod, MDF
board, Cable tight, colour | 30” x13’ x 12” | 2022 | RM 3,500
Unity Circle Growth
Zakaria Sharif | Auto part / bearing vehicle |
27cm X 37cm X 25 cm | 2022 | RM 4,100
Nut Egg
Zakaria Sharif | Auto part / bearing vehicle |
33cm X 15cm X 14 cm | 2022 | RM 3,100
Shelter For The Mind
Sharmiza Abu Hassan | PU Plastic Pallete, Scrap Metal,
Aluminium and wood |35 x 40 x 25cm | 2022 | RM 1,500
Deep Breath
Sharmiza Abu Hassan | PU Plastic Pallete, Scrap Metal, Aluminium
and wood | 60cm x 50cm x 25cm | 2022 | RM 1,500
PALSU
Daud Rahim | wood, enamel paint, acrylic & graphite |
44cm x 10cm x 8cm | 2022 | RM 2,900
2B PALSU
Daud Rahim | wood, enamel paint, acrylic & graphite |
60cm x 14cm x 7cm | 2022 | Reserved
Drop circle
Aznan Omar | Aluminium, screw, Industrial Paint
| 145cm x 33cm x 20cm| 2022 | RM 8,000
Mayang Duduk
Saharudin Supar | Besi Tempaan | 35cm x 11cm x 9 cm | 2022 | RM 3,500
Mayang Terbang
Saharudin Supar | Besi Tempaan | 47cm x 7cm x 3cm | 2022 | RM 3,500
Shovel #2
Zuraimi Rahim | 65cm x 20cm x 40cm | Metal shovel 2022 | RM 3,200
Shovel#1
Zuraimi Rahim | 90cm x 20cm x 45cm | Metal shovel and wood | 2022 | RM 3,200
Sekeluarga
Zulkifli Lee | Reclaimed chengal wood & mild steel |
30 x 22.5 x 15 cm each (quadruple) | 2020 | Reserved
Kesatuan
Zulkifli Lee | Reclaimed meranti wood, reclaimed chengal wood
& mild steel | 84 x 24 x 24cm | 2022 | RM 18,000
Turning Cell
Idrus Rani | Acrylic sheet, Industrial Paint, Readymade Material
| 90cm(h) X 30cm(w) X 30cm(L) | 2017 | Reserved
Horizontal Vs Vertical
Idrus Rani | Acrylic sheet, Aluminium, Industrial Paint,
Readymade | 90cm(h) X 90cm(w) | 2022 | RM1,800
Molecular Structure
Irsyaduddin Maktar | Chengal wood, aluminium cable, copper wire
and stainless steel bolts | 56cm (h) x 63cm x 10cm | 2022 | RM 3,800
Molecular Modular
Irsyaduddin Maktar | Merbau & belian wood, aluminium cable,
and stainless steel bolts | 20cm (h) x 37cm x 31cm | 2022 | RM 2,500
Raih
Fakhrurrazi Fatziruddin | Wood | 50cm (h) x 20cm x 20cm | 2022 | RM 2,500
Mayyit
Aqil Mahmod | Black Marble, Granite and Copper | 55cm (h) x 48cm x 28cm | 2022 | RM 5,200
Sulbi
Aqil Mahmod | Black Marble | 50cm (h) x 37cm x 15cm | 2022 | RM 4,800