Psikogeografi Romantik dalam Siri Karya Issarezal
I Have Crossed Oceans Of Time To Find You
Teks oleh: Haris Abadi Abdul Rahim
“Jangankan Gunung Fujiyama, Puncak Himalaya ku ikut kamu,
Jangankan ke Kamboja, ke Ethiopia ku ikut kamu.
- Ria Resty Fauzy, Cintaku sampai ke Ethiopia (1986)
Hubungan kondisi pemikiran serta perasaan manusia dengan alam persekitarannya tidak mungkin boleh dipisahkan.
Psikogeografi, secara longgar, bermaksud persimpangan di antara psikologi dan geografi. Istilah yang diperkenalkan
oleh teoris Guy Debord ini lazimnya tertumpu pada aktiviti berjalan secara rawak di dalam bandar untuk mencipta
pengalaman psikologikal dengan persekitaran, atau mendedahkan ruang-ruang bandar yang terbuang, disisihkan atau
terpinggir. Para psychogeographers mengagungkan satu susuk yang mereka panggil flaneur. Flaneur adalah ‘perayau
romantik’ yang berjalan di jalanan, tanpa tujuan yang jelas melainkan untuk mencipta hubungan mental dan
eksperiential dengan persekitarannya. Namun, berbeza dengan para psychogeographers yang hanya bermain dengan
persekitaran urban sebagai tindakbalas kepada tekanan kemodenan, Issarezal memanipulasi persepsi terhadap alam
semulajadi sebagai perpanjangan kepada perilaku, pemikiran dan perasaan manusia. Analogi mikrokosme-makrokosme
- bahawa wujud perkaitan antara kesedaran manusia (consciousness) dengan alam semesta - bukanlah perkara yang
asing malah wujud dalam kebanyakan tamadun dunia di masa lalu.
Jika, kita mengambil pendekatan untuk memecahkan konsep ini dan mencerapnya secara berasingan, kita akan
mendapati ia terbahagi kepada dua elemen iaitu: pertama, kondisi psikologi yang membawa kepada pemikiran, perasaan
dan tindakbalas manusia dalam bingkai masa tertentu. Aspek ini melibatkan hal-hal yang berkait dengan memori,
pengalaman, peristiwa dan perilaku sama ada telah terjadi atau bakal terjadi. Elemen kedua pula berkait dengan ruang,
mencakupi idea mengenai tempat, persekitaran, perbatasan, jarak fizikal ataupun relatif. Kombinasi elemen temporalspatial ini hakikatnya adalah faktor yang membina gaya, identiti dan keaslian pemikiran kebanyakan seniman. Kedua
elemen ini juga seakan-akan sentiasa muncul dalam praktik kesenian Issarezal yang terdahulu. Dalam pameran beliau
yang berjudul ‘Memori Nomad’ (2009), Issarezal bercerita mengenai pengalaman dan memorinya sebagai seorang anak
dalam keluarga tentera yang sentiasa bergerak dan berpindah mengikuti tugas ayahnya. Dalam pameran ‘Tides’(2011),
pula Issarezal meneroka persoalan identiti dan sosio-budaya dalam konflik ruang dua negara semasa beliau sedang
menyambung pelajaran di Indonesia, manakala dalam pameran ‘Wake Me Up When It’s All Over (2021), beliau telah
menzahirkan keresahannya yang tersekat dalam ruang sewaktu kuarantin era pandemik. Malah, frasa “I Have
Crossed Oceans Of Time To Find You” sebagai tajuk pameran ini juga, pastinya memberi resonan dan semangat yang
sama tetapi dalam nuansa yang lebih romantik. Frasa ini adalah petikan dialog Dracula dari karya novel seram gotik
Bram Stoker (1847) yang dianggap salah satu ucapan romantik yang paling diingati dalam sejarah penulisan novel
yang pada dasarnya ingin mengungkapkan perasaan rindu dan keterujaan terhadap pertemuan semula dengan pasangan
setelah terpisah dalam satu tempoh waktu yang panjang.
Dalam karya-karya pameran ini, Issarezal berbicara mengenai cabaran penghijrahannya dari Kota Kinabalu ke Seri
Iskandar bersama isterinya secara berperingkat dalam situasi pandemik tahun lalu. Pengalaman ini membuka banyak
pengertian mengenai hubungan serta pengorbanan antara dua manusia dalam transisi geografi yang berbeza. Situasi ini
membawa beliau kepada penerokaan hakikat melalui hiperbola romantik - metafora ekstrim yang biasa wujud dalam
bahasa, puisi dan lagu. Kekuatan karya-karya Issarezal dalam pameran ini adalah pada pencitraan momen-momen
psikogeografiknya yang dramatik. Watak wanita berbaju kuning bukan saja menghadirkan kontras visual dengan latar
belakang, tetapi dalam masa yang sama mengelakkan catan-catan ini untuk diapresiasi sebagai sekadar satu catan
bergenre lanskap yang konvensional. Issarezal dengan bijak telah mempergunakan kemahiran catan bergaya realistik
beliau dalam membingkaiekspresi dan perasaannya. ‘Lautan api yang sanggup kurenangi’ itu kini benar-benar wujud
Mungkin ada yang menganggap adalah satu pemikiran kuno untuk mengaitkan perubahan perasaan kita dengan
suasana, musim atau cuaca. Namun ia adalah metafora yang nampaknya tidak boleh ditarik keluar dari minda manusia;
ia tetap kekal menjadi satu metod dramatik sebagai cara menyampaikan segala rasa yang abstrak dari hati seperti
kegembiraan, ketakutan atau kerisauan. Hujan dianggap membawa konotasi melankolik dan kesedihan manakala
matahari sentiasa tersenyum dalam lukisan kanak-kanak. Dalam siri TV popular Game of Thrones, musim sejuk
bermaksud kematian dan putus harapan. Imejan persekitaran dan metafora ekstrim dalam karya-karya Issarezal
membawa kita mengembara ke ceruk dan pelusuk bumi (malah ke bulan!). Ambien-ambien yang diciptakan membawa
konotasi perasaan yang berbeza melalui kebijaksanaan komposisi, warna dan pencahayaan. Susuk wanita berbaju
kuning tetap utuh berdiri dalam kondisi cuaca yang berbeza. Skala dan kadar bandingnya berinteraksi dengan lanskap
agung gambaran Issarezal dalam setiap karya, mencipta naratif-naratif mikro yang berbeza mengenai halangan
(obstacle), kerinduaan, kecekalan serta pengorbanan. Persepsi ini sekaligus merangkumi konsep besar bagi karya-karya
Issarezal dalam pameran ini.
Laut Luas Kan Ku Seberangi I
Acrylic on canvas
40 x 40 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Laut Luas Kan Ku Seberangi II
Acrylic on canvas
40 x 40 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Kan Ku Teruskan Walau Apa Rintangan
Acrylic on canvas
40 x 40 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Oh Angin Bawaku Kepadanya I
Acrylic on canvas
40 x 40 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Oh Angin Bawaku Kepadanya II
Acrylic on canvas
40 x 40 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Akan Ku Tepis Hujan dan Panas Menyerang
Acrylic on canvas
40 x 50 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Melangkah di Jalan Sunyi Berbalut Hitam Putih I
Acrylic on canvas
40 x 50 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Akan Ku Tepis Hujan dan Panas Menyerang I
Acrylic on canvas
40 x 50 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Hingga Hujung Dunia I
Acrylic on canvas
40 x 50 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Melangkah di Jalan Sunyi Berbalut Hitam Putih II
Acrylic on canvas
40 x 50 cm
2022
RM 2,800 | Reserved
Jangankan Ke Kemboja
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Jurang Yang Dalam Akan Ku Turuni
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Segala Onak dan Ranjau Tak Ku Peduli
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Ke Ethiopia Ku Ikut Kamu
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Hembusan Angin Senja Membawaku Ke Sana
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Lautan Dalam Telah Ku Renangi
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Lautan Api Sanggup Ku Renangi
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Puncak Himalaya Ku Ikut Kamu
Acrylic on canvas
27 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Akan Ku Rempuh Arah Yang Berbeza
Acrylic on canvas
24 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved
Hingga Hujung Dunia II
Acrylic on canvas
24 x 40 cm
2022
RM 2,400 | Reserved