Imposing Dimensions: Pameran Pengarca Malaysia

Imposing Dimensions: Pameran Pengarca Malaysia
Anwar Azhari

Robohan arca awam  ‘ Puncak Purnama ’ karya Allahyarham Datuk Syed Ahmad Jamal pada 30 Jun, 2016 mendetikkan kesedihan, kerisauan dan kerunsingan penggiat senirupa terutamanya pengarca-pengarca tempatan.   Kejadian ini menguatkan lagi kepekaan para penggiat agar ada  jaminan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan karya-karya terutamanya seni arca  awam.

Pemahaman dan penerimaan yang nipis terhadap karya-karya seni terutamanya seni arca antara sebab utama ianya tidak dipedulikan. Apatah lagi jika mahu mengangkat seni arca sebagai satu kesenian, kebudayaan dan warisan negara.  Menyedari hal kekurangan ini sebilangan pengarca yang aktif seperti Ariffin Mohd Ismail (Allahyarham), Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Rosli Zakaria, Fadzil Idris dan Ali Bebit pada tahun 2010 telah mewujudkan grup ‘Seniman Arca’ di laman sosial facebook. Selain memberikan informatif di laman tersebut. Mereka juga menggalakkan pengarca-pengarca memuat turun gambar arca yang dihasilkan serta memaklumkan pameran yang berlangsung. 

‘ Arca seni visual yang  terpinggir ’ 

Baharuddin Arus, Utusan Borneo (Sabah) · 11 Jul 2020

Meneliti artikel penulisan saudara Baharuddin Arus di laman pressreader.com, petikan dari Utusan Borneo bertarikh 11 November, 2020.1 Beliau menyatakan beberapa faktor peminggiran seni arca dalam pameran seni tempatan ini. Rentetan dari hal ini.  Tengku Sabri mencetuskan satu pameran maya ‘Cheleng’ (challenge) : Pameran Mari Buat Arca di laman Seniman Arca (facebook).  Penyertaan seharusnya dikemukakan dengan lakaran arca terlebih dahulu.  Kenapakah lakaran diperlukan? Idea awal perlu dijelaskan bagi meneruskan perkembangan idea hinggalah kepada lakaran akhir. Proses sebegini ditekankan supaya mendisplinkan pengarca agar tidak melangkau proses penghasilan karya. Malah butiran seperti tajuk, media, cadangan persembahan termasuk ukuran juga ditegaskan oleh Tengku Sabri. Begitulah kepekaan beliau dalam memupuk disiplin kepada pengarca yang ingin menyertai pameran.

Manakala Rosli Zakaria pula mengusaha dan menjayakan program Borak Arca yang bermula pada 5 Disember, 2020 menjuruskan perihal pengarca dan penglibatan seni arca dalam pameran tempatan khususnya. Para akademik dan pengarca prolifik dijemput berwacana perihal seni arca dan perkembangannya. Anggapan membuat patung atau arca menjurus kepada menghasilkan berhala menjadikan pengarca lebih berhati-hati dalam berkarya.2. Perbincangan turut mengenai masalah kepakaran, keterampilan dan kemahiran yang dimiliki oleh arcawan tempatan. Apakah pengarca mempamerkan karya yang lemah dan tidak menangkap perhatian pengunjung pameran mahupun pengumpul seni?

Pameran Imposing Dimensions adalah satu himpunan karya-karya 15 pengarca yang masih aktif berkarya di seperti Aqil Mahmod, Aznan Omar, Daud Rahim, Fakhrurrazi Fatziruddin, Idrus Rani, Irsyaduddin Maktar, Mad Anuar Ismail, Raja Shahriman Raja Aziddin, Ramlan Abdullah, Rosli Zakaria, Saharuddin Supar, Sharmiza Abu Hassan, Zakaria Sharif, Zulkifli Lee dan Zuraimi Rahim. Dari penggayaan, teknik dan falsafah yang pelbagai di kalangan pengkarya pada pameran ini ianya dapat meneliti perkembangan persembahan serta idea mereka walaupun tanpa tema khusus.  Mereka dapat disatukan bagi meneruskan usaha meletakkan kembali seni arca di pameran dalam dan luar negara.

Majoriti pengarca yang terlibat sangat aktif berpameran di Lembah Klang dan berpusat di selatan Semenanjung. Sebuah pameran arca bersaiz kecil ini adalah satu usaha memperkenalkan dan mengaktifkan semula pengarca-pengarca yang terlibat. Namun ianya dimulakan dengan sebilangan kecil terlebih dahulu. Walhal masih ramai yang ‘tercicir’ dari senarai pameran kali ini.  Penganjuran pameran seharusnya tidak meminggirkan karya-karya arca termasuklah di pameran galeri komersil.  Peminggiran seni arca tidak seharusnya berulang lagi pada tahun mendatang. Program ‘percikan’ seperti ini membolehkan pengarca mulai merancang dan merangka penghasilan karya terbaru untuk pameran mendatang.

Merentas ke George Town dengan arca-arca  bersaiz kecil merupakan satu perkongsian kontekstual ( pengalaman, peristiwa, ide dan penyataan) terkini dari pengarca yang terlibat. Pesta George Town di Pulau Pinang adalah sebuah pesta kebudayaan secara tahunan sejak tahun 2010, yang pada mulanya meraikan inskripsi George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Besar harapan agar pengarca tempatan beroleh peluang berkolaborasi dengan pengarca luar negara dalam festival ini samada untuk penghasilan arca awam mahupun pameran di ruang muzium dan galeri di sini.

Di awal tahun 2022, Balai Seni Negara telah mengadakan program ‘Arca Dasar Laut’ di Langkawi bersama 9 pengarca tempatan menggambarkan perkembangan dan penggerakan yang baik untuk seni arca.  Selain ianya memberikan elemen visual baharu dalam penciptaan kandungan dan kehebatan mitos dan lagenda Langkawi.  Ianya juga melihat hasil kerjasama pengarca berkongsi kemahiran dan pengalaman menerusi reka bentuk dan bahan yang digunakan akan menjadi perumah baharu kepada ekologi marin di Langkawi.  Justeru menjalinkan hubungan kepesatan industri pelancongan, komuniti setempat dan kehidupan marin.

Mengakhiri tahun 2022  berlangsung satu bengkel menempa arca besi di Perak dan pameran arca di Kuala Lumpur.  Kekerapan penglibatan seni arca di pameran fizikal pada tahun ini  memberi gambaran dan harapan kepada pengarca-pengarca menghasilkan karya-karya yang kepelbagaian teknik dan pengolahan bahan selaras dengan arus alaf baru.

“ Lantai galeri sekarang banyak kosong je, kan? ” 

Hilal Mazlan, facebook, 5 November 2022

Besar harapan kita semua agar curahan hati (curhat) seorang pengarca muda di laman sosial media  baru-baru ini, dapat dipadamkan dengan pembabitan seni arca dalam program seni visual pada tahun 2023 dan seterusnya. Semoga lebih banyak penganjuran dan penglibatan para pengarca yang  membolehkan mereka lebih yakin dan percaya serta selesa bersama keberadaan para penggiat seni rupa berlainan disiplin bagi menyumbang penghasilan karya yang semakin berkualiti ke peringkat global.

 

Rujukan

1.https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20200711/281496458578565

2.Zainuddin Abidinhazir (UPSI) & D’Zulhaimi Md. Zain (UiTM), Jurnal Seni dan Pendidikan Seni 155 Vol.

 2  (2014) / (155-164)

3.Hilal Mazlan, facebook, 5 November 2022


Laga 1 

Mad Anuar | Wood | 81 cm x 123 cm | 2022 | POA


Kerusi 

Ramlan Abdullah | Stainless steel, mild steel and industrial paint | | 30cm x 29cm x 29cm | 2022 | RM7,000

Motion in stillness - Aryan 

Ramlan Abdullah | Stainless steel, aluminium, copper and bearing | 55cm x 26cm x 16cm | 2022 | Reserved 


Lidah Api 

Raja Shahriman Raja Aziddin | Metal-forged & fabricated | 121cm (h) x32cm x 32cm | 2019 | RM47,000 


Sculpdraw Series No9 

Rosli Zakaria | Metal rod, MDF board, Cable tight, colour | 42” x34’ x 5” | 2022 | RM 6,500


Sculpdraw Series No8 free-standing 

Rosli Zakaria | Metal rod, MDF board, Cable tight, colour | 30” x13’ x 12” | 2022 | RM 3,500


Unity Circle Growth 

Zakaria Sharif | Auto part / bearing vehicle | 27cm X 37cm X 25 cm | 2022 | RM 4,100

Nut Egg

Zakaria Sharif | Auto part / bearing vehicle | 33cm X 15cm X 14 cm | 2022 | RM 3,100

Shelter For The Mind

Sharmiza Abu Hassan | PU Plastic Pallete, Scrap Metal, Aluminium and wood |35 x 40 x 25cm | 2022 | RM 1,500 


Deep Breath 

Sharmiza Abu Hassan | PU Plastic Pallete, Scrap Metal, Aluminium and wood | 60cm x 50cm x 25cm | 2022 | RM 1,500


PALSU

Daud Rahim | wood, enamel paint, acrylic & graphite | 44cm x 10cm x 8cm | 2022 | RM 2,900

2B PALSU

Daud Rahim | wood, enamel paint, acrylic & graphite | 60cm x 14cm x 7cm | 2022 | Reserved


Drop circle 

Aznan Omar | Aluminium, screw, Industrial Paint | 145cm x 33cm x 20cm| 2022 | RM 8,000

Mayang Duduk 

Saharudin Supar | Besi Tempaan | 35cm x 11cm x 9 cm | 2022 | RM 3,500

Mayang Terbang 

Saharudin Supar | Besi Tempaan | 47cm x 7cm x 3cm | 2022 | RM 3,500


Shovel #2 

Zuraimi Rahim | 65cm x 20cm x 40cm | Metal shovel 2022 | RM 3,200

Shovel#1 

Zuraimi Rahim | 90cm x 20cm x 45cm | Metal shovel and wood | 2022 | RM 3,200


Sekeluarga

Zulkifli Lee | Reclaimed chengal wood & mild steel | 30 x 22.5 x 15 cm each (quadruple) | 2020 | Reserved


Kesatuan 

Zulkifli Lee | Reclaimed meranti wood, reclaimed chengal wood & mild steel | 84 x 24 x 24cm | 2022 | RM 18,000


Turning Cell

Idrus Rani | Acrylic sheet, Industrial Paint, Readymade Material | 90cm(h) X 30cm(w) X 30cm(L) | 2017 | Reserved 


Horizontal Vs Vertical

Idrus Rani | Acrylic sheet, Aluminium, Industrial Paint, Readymade | 90cm(h) X 90cm(w) | 2022 | RM1,800

Molecular Structure

Irsyaduddin Maktar | Chengal wood, aluminium cable, copper wire and stainless steel bolts | 56cm (h) x 63cm x 10cm | 2022 | RM 3,800

Molecular Modular 

Irsyaduddin Maktar | Merbau & belian wood, aluminium cable, and stainless steel bolts | 20cm (h) x 37cm x 31cm | 2022 | RM 2,500 


Raih 

Fakhrurrazi Fatziruddin | Wood | 50cm (h) x 20cm x 20cm | 2022 | RM 2,500 

Mayyit 

Aqil Mahmod | Black Marble, Granite and Copper | 55cm (h) x 48cm x 28cm | 2022 | RM 5,200

Sulbi

Aqil Mahmod | Black Marble | 50cm (h) x 37cm x 15cm | 2022 | RM 4,800